Menu
Angka Jepun Pecahan perpuluhanBahasa Jepun memiliki dua sistem angka untuk pecahan perpuluhan. Ia masih diguna untuk menyatakan purata pemukulan dan pemadangan dalam permainan besbol, peratusan kemenangan untuk pasukan-pasukan sukan, dalam frasa simpulan bahasa (seperti 五分五分の勝負 "peluang lima puluh - lima puluh"), dan dalam menyatakan nilai atau diskaun.
Salah satu sistemnya adalah seperti berikut:
Tahap | 10−1 | 10−2 | 10−3 | 10−4 | 10−5 | 10−6 | 10−7 | 10−8 | 10−9 | 10−10 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Karakter | 分 | 厘 | 毛 | 糸 | 忽 | 微 | 繊 | 沙 | 塵 | 埃 |
Pembacaan | bu | rin | mō | shi | kotsu | bi | sen | sha | jin | ai |
Ini merupakan sistem yang digunakan dengan unit ukuran Jepun tradisional. Beberapa nama digunakan "seperti adanya" bagi mewakili pecahan untuk Shaku.
Sistem lain yang mewakili pecahan perpuluhan untuk nilai atau diskaun, menggunakan yang dipanggil "alih ke bawah" dengan bu mewakili satu "yang ke seratus" dan seterusnya, dan unit bagi "ke sepuluh" diwakili wari:
Tahap | 10−1 | 10−2 | 10−3 | 10−4 | 10−5 |
---|---|---|---|---|---|
Karakter | 割 | 分 | 厘 | 毛 | 糸 |
Pembacaan | wari | bu | rin | mō | shi |
Sistem ini sering diguna untuk menyatakan harga. Contohnya:
Kecuali wari, kesemua ungkapan ini jarang dijumpai dalam kegunaan moden. Pecahan perpuluhan secara tipikalnya ditulis samada dengan angka kanji (menegak) atau angka Arab (melintang), didahului dengan titik perpuluhan, dan dibaca seperti di dalam sistem barat. Perlu diingat, dalam bentuk penulisan, kedua-duanya boleh digabung samada dengan sistem ungkapan angka tradisional dengan kuasa sepuluh (42.195 kilometer: 四十二・一九五 キロメートル), atau dengan sistem nilai tempat yang menggunakan sifar (50.04 peratus: 五〇・〇四 パーセント.) Bagaimanapun, untuk kedua-dua sistem, pembacaannya adalah mengikut sistem tradisional (yon-jū ni-ten ichi-kyū go kiromētoru untuk 42.195 kilometer; go ju-tten rei-yon pāsento untuk 50.04 peratus.)
Menu
Angka Jepun Pecahan perpuluhanBerkaitan
Angka Angkatan Tentera Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia Angkatan Pertahanan Israel Angka Khmer Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Angkasawan Angkatan Islam Singapura Angkatan Tentera Amerika Syarikat Angkara CintaRujukan
WikiPedia: Angka Jepun http://www.learnjapanesewordsandphrases.com/learnj... http://www.moroo.com/uzokusou/misc/suumei/suumei.h... http://www.solosequenosenada.com/gramatica/japanes... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S22/S22F0050100009... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S26/S26F0340100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S39/S39F0320100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/T11/T11F0340100004... http://www.sf.airnet.ne.jp/~ts/language/number/anc... http://www.sljfaq.org/cgi/kanjinumbers.cgi http://www.sljfaq.org/cgi/numbers.cgi